Sunday, 8 September 2013

Luahan hati: Sedih

Moga Allah meredhai.

Dengan nama Allah yang maha Pengasih lagi maha Penyayang

"Konvokesyen nanti berapa haribulan?"


"23-25 November mak insyaallah"

"Insyaallah mak nak pergi"


Tiba-tiba hati sebak. Memikirkan masalah kekurangan duit yang mak aku alami, diri terasa hiba.

"Mak nak pergi konvo anak-anak mak, dulu adik-beradik kamu yang lain semua mak pergi, lagipun mak nak pergi Sabah."



Hati lagi bertambah hiba.

Mak. Walau dia menghadapi kesusahan dia akan tetap membantu dan menyokong anak-anaknya. Aku tahu, apa tujuan mak nak datang konvo. hanya nak beri sokongan moral pada aku. Nak anak-anaknya merasakan dia akan membantu anak-anaknya. Semua anak-anaknya dia nak bantu, cuma mungkin anak-anaknya yang tak sedar dan tak nampak pengorbanan mak dan bapak dulu.

Mak, maafkan diri ini. 
Ya Allah, ampunkan diriku.
Ya Allah, tolong jagakan mak aku.
Ya Allah, cucuri rahmat buat roh bapakku di sana.

Aku rindu nak jumpa mak. Rindu nak jumpa bapak.


Aku cintakan mereka Ya Allah.
Berikan ketenangan dan kebahagiaanMu pada mereka.
Fid dhunya wal akhirah.



Muhasabah cinta.
Ya Allah, jangan biarkan cintaku terhadap manusia lebih dahsyat dari cintaku padaMu Ya Allah.


Aku rindu Allah.
Aku cinta Allah.



Sunday, 1 September 2013

Aku Hamba

Moga Allah meredhai.

Dengan nama Allah yang maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.

Allah banyak memberi.
Walau setiap saat yang berlalu tidak aku isi dengan ingatan aku pada-Mu,
Malah semakin lalai, seronok dan asyik dengan duniaku.
Tapi Allah masih tetap memberi.

Ya allah,
aku hina,
aku dina,
aku hamba-Mu
yang sentiasa mengharap keampunan daripada-Mu.
ampunkan aku.
ampunkan aku.

Ya Allah,
Didik aku supaya menjadi hamba yang sentiasa bersyukur,
Bimbing aku supaya menjadi hamba yang sentiasa memberi,

Allah,
Lembutkan hatiku.
Lembutkan hatiku.
Lunakkan hatiku.

Allah,bantu aku

Tuesday, 6 September 2011

Menelusuri Perjalanan Mula Mengenal Cahaya


Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Moga Allah meredhai.

Di sini lahirnya anak-anak bangsa berjaya
Mendukung cita-cita wawasan Negara
……….
………
……….
Dan seterusnya.

Sebermulanya kehidupan di sinilah aku mula mengenal cahaya sebenar. Cahaya Ilahi. Cahaya yang tidak pernah dan tidak akan pernah sirna. Di sinilah bagaimana aku mengenal istilah tarbiyah dan dakwah. Di sinilah tersimpannya 1001 kenangan. Aku mula mengenal tujuan hidup.

‘’Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada-Ku’’ [QS 51:56]

Walaupun aku bukanlah seorang pelajar yang sangat cemerlang namun aku adalah seorang yang betul-betul kuat belajar. Sehinggalah aku memasuki alam matrikulasi. Alam pra universiti. Aku adalah orang yang sangat concern dengan masa untuk belajar. Belajar punya belajar, bermulalah satu kisah yang menjadi titik permulaan perubahan diri aku hingga kini. Perubahan yang insyaAllah, untuk menjadi yang lebih baik sebagai seorang manusia ciptaan-Nya. Alhamdulillah.Terima kasih Ya Allah.
***
Suatu hari,
‘’Malasnya nak naik atas, tinggi,kenapalah aku dapat bilik tingkat 4 ni..ish.”
Fikiranku melayang memikirkan tika dalam perjalanan ke pendaftaran bilik semasa hari pertama di matrik ni, (salah sebuah kolej matrikulasi di Malaysia..ehehe). punyalah banyak doa yang dipanjatkan supaya di beri  bilik kat tingkat 1 atau 2 je.
”Tak nak kat ground floor atau 3 atau 4”.
 Desirku,
kalau ground floor, susah nak pergi sidai kain, kena tutup aurat semua sebab kat ground floor tu orang lelaki selalu lalu lalang,,tak kiralah pak guard ke, abang maintainence tu ke dan sesape je lah”.
“Kalau tingkat 3 or 4 tu pulak tinggi sangat.Susah nak turun naik’’.
 Punya banyaklah demanding dan rungutan. Sebelum aku memasuki matrikulasi ni,  punyalah aku merasakan keterpaksaan yang besar kerana impian pertamanya mahu melanjutkan pelajaran ke maktab untuk mendapatkan gelaran CIKGU.  Terlalu amat sukar untuk menerima kenyataan tidak ditawarkan untuk ke maktab kerana menganggap sudah membuat yang terbaik semasa temuduga dan menganggap diri adalah yang terbaik untuk menjadi seorang guru yang akan mendidik anak-anak harapan agama, bangsa dan Negara. Itulah diri aku. Selalu merungut dan mengeluh. Dan harapnya, itu hanyalah diri aku yang dulu.

“Oh, takpelah..sembahyang kat surau ni jelah..ok jugak.”, kataku dalam hati.
 “ Apa salahnya aku hari-hari solat kat surau ni je lah kan, lagipun rehat bukan lama, satu jam je.”, Tanya diriku pada hatiku. Memandangkan aku nak naik ke bilik tu pun hanya nak solat zohor.
“ok ape. Lagi bagus kot.’’, jawab hatiku.
Tika dalam surau, hanya aku dan seorang kakak. Surau sepi,tak bertegur sapa. Hanya senyuman dilemparkan. Seusai mengambil wudhu’, kakak tadi mengajak solat berjemaah.

“Jom solat jemaah nak?”. Kak Hazzi (bukan nama sebenar) bertanya. Sebentar tadi dia mengenalkan diri.
“Erm.ok.”, jawab sekadar mengiyakan.
Sesudah solat, aku meneruskan rutin untuk ke lecture.
Setelah habis kuliah, terasa lapar sangat pulak. Betapa aku bangga terhadap diri tika itu..
“bagus jugak aku ni,,lapar.hehe..cikgu kate,kalau kite rasa lapar lepas belajar maksudnya kita belajar betul-betul,”
Selepas membungkus makanan di kafe,aku mengambil keputusan untuk makan sahaja di dalam surau kerna terlalu lapar sehinggakan tidak larat untuk naik ke bilik. Aku terus berada di dalam surau tersebut sehingga waktu isyak.
Selepas isyak, aku  terus naik ke bilik. Aku mengulangi rutin ini pada keesokan harinya, esok, esok serta esok dan esoknya. Lama kelamaan, aku mula study kat surau tu dengan mengajak salah seorang kawan setutor. Sehinggalah pada suatu petang di suatu hari,
Tiba-tiba,
Surau tersebut diserbu oleh kakak-kakak bertudung labuh..Fuh, terasa aura die.
“ada apa ni Aini?’’
“Ntah..”
“Pelik, apasal ramai-ramai ni.. macam ada ceramah je”
Aku merasa pelik kerana kakak2 mesra tu, bersalaman dengan kami dan bertanya khabar. Dan mereka terus memasuki line membentuk satu bulatan yang agak besar.

“Takkan ceramah kena buat bulatan kot”,Itulah benda yang bermain di kotak fikiran.
Tapi, sedang salah seorang kakak2 tu memulakan bicara, hati ini rasa tertarik untuk mendengarnya.

“ Adik nak dengar sekali? Mehlah masuk bulatan..”

“Err..boleh ke kak?..Tiba-tiba kitaorang menyebok ni..Takpe ker?”

Aku pun mengikuti aktiviti mendengar perkongsian dalam bulatan itu sekali setiap seminggu. Dari situlah aku belajar pelbagai perkara. Daripada tidak tahu menjadi tahu, daripada tahu menjadi lebih tahu, Daripada tidak faham menjadi faham. Aktiviti itulah yang kami namakan halaqah.

Namun terkadang, futur datang bertandang ke dalam diri. Disebabkan apa? Kerana tidak menjaga iman. Maka ketika itu bisikan bisikan nafsu menasihati hati untuk tidak mengikuti lagi halaqah. Tapi, Alhamdulillah, Allah berkehendak untuk terus tetap. Tidak mundur.

***
Namun kini, aku sedar. Rupa-rupanya di sebalik kesedihan yang aku alami selama beberapa minggu kerana tidak dapat memasuki maktab dan ketidakdapatan bilik di tingkat bawah itu, terdapat hikmahnya yang sangat hebat dalam hidupku. Allah mahu memberi sesuatu yang lebih besar dari itu pada aku. SubhanaAllah. Sesungguhnya Allah Maha Tahu apa yang terbaik untuk kita. Mungkin kisah ini berbeza dengan anda semua.

“Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” [QS 2:216]

Alhamdulillah. Terima kasih ya Allah. Di sinilah aku mula mengenal cahaya. Dan disinilah aku harus memulakan langkah untuk menebar jaringan Islam kepada umat manusia yang mendambakan cahaya dari-Nya. Satu anjakan paradigm yang tidak boleh ditangguh lagi. Aku harus cepat!! Aku harus melajukan langkahku. Dan langkahku ini perlu diiringi dengan penjagaan dan keteguhan iman yang kukuh. Aku perlu mensyukuri nikmat yang besar ini dengan berbuat amar makruf nahi mungkar kepada seluruh umat Islam. Aku perlu menggencarkan gerakan dalam membina bakal lascar-laskar dakwah untuk menegakkan kalimat Agung Lailahaillallah dan meneruskan dakwah Rasulullah ini.
Ya Allah..
Bantulah aku..
Berilah aku kekuatan dan keteguhan iman..
Serta ikhlaskan niatku..
Berbuat hanya kerana-Mu…
Tetapkan aku dan sahabat seperjuanganku yang lain untuk terus tsabat dan istiqamah di jalan-Mu ini Ya Allah..
Semoga kami terus gencar dalam dakwah ilallah ini !!!!
Allahuakbar!

Mohon doanya.